Wednesday, 26 December 2012

My 1st Bike Kawasaki Versys 650


MY 1st BIKE KAWASAKI VERSYS 650 

Impian setiap lelaki untuk mempunyai hobi menunggang motor berkuasa besar. Akhirnya ketika berusia 38 tahun, bertarikh 2 Ogos 2011 dengan usaha gitu, finally aku mampu merasai dan memiliki Versys 650 dengan plat no pendaftaran berbayar iaitu 6006.


At that time, percaya atau tidak bila motor itu tiba di rumahku, aku belum tau untuk menunggang motor. Motor dihantar menggunakankan lori dengan membayar kos pengangkutan dari Sg. Buluh ke Putrajaya sebanyak RM100. Mywife tak benarkan aku menunggang motor sebab seumur perkahwinan kami, ia belum pernah melihat aku menunggang motor.




Alamak, moto ku dah sampai...macam mana nak naik..aku tiada guru untuk mengajar, tiada kawan-kawan yang mempunyai moto, maupun saudara mara yang ada moto...jiran depan tu ader moto..tapi nak mencuba moto orang, sapa yang bagi, nak pulak aku first time tekan pedal atau brekkk..mau mereka pun takut nak bagi try...tapi dulu ada pernah cuba naik satu pusingan kecil moto kawan....yang aku dapat bayangkan bagaimana nak naik lah..

Sekarang moto didepan mata...yeeaahhaa..macam mana nak naik pikir kemudian. Sebenarnya dalam 6 bulan kebelakangan ini sejak aku berimpikan moto besau..aku sering tengok Youtube macam mana nak ride, macam mana nak start, macam mana nak corner, macam mana nak brek..Youtube tu aku tengok dan tengok dan tengok....sampai akhirnya aku dapat bayangkan kalau moto depan mata.


Seminggu moto terbiar didepan potch rumah, aku biarkan ia termenung kejap, sementara aku sempat belajar lagi melalui Youtube.

Akhirnya pada minggu ke2..aku cuba hidupkan injin seperti arahan dan tip Youtube..dan kau naik dan akhirnya berjaya keliling kawasan rumah.

Cubaan yang bagus..alhamdulilah..syukur..

Semasa pusing-pusing taman aku terpandang sebuah rumah yang terparking sebijik versys dan ada tuannya sekali...

Aku selamba..tegur..salam...tanya itu ini...dan perkara pertama yang diajar adalah cara naik/panjat naik moto versys yang agak tinggi tu....mmm...ilmu yang bagus dan baik...Alhamdulillah..













2 comments:

  1. Apa tips utk beginner bro...kongsi la sikit bro...

    ReplyDelete
  2. Banyak sumber bro.
    Utube & google bahan bacaan.
    boleh dpt banyak input skrang nii.... dont worry

    ReplyDelete