Friday, 27 September 2013

Ride Krabi 2013



6 COUPLE WITH 6 BIKE



Pada 13-16 September 2013 , bersama kawan dan isteri/ anak masing-masing, kami ride bersama untuk ke Aonang Beach, Krabi.

Sama-sama merasai keindahan alam semulajadi bumi Thailand dan dunia Riders Kental serta pillion masing-masing. Keistimewaan kumpulan kami untuk ride kali ini adalah kerana kami bersama pillion masing-masing kecuali Abg Edy KTM bersama pillion ciliknya iaitu anaknya yang berusia 12 tahun baru jee lepas PMR semalaman.

Pada kebiasaanya bikers-bikers yang cross boders akan RV di R&R Rawang, tapi kali ini kami tukar selera pula iaitu RV di Danok pada 14 September 2013 jam 9.00am waktu Malaysia kat depan gerai pulut ayam goring.

RV di Danok ini dibuat atas persetujuan semua kerana mengambil kira komitment kerja dan  tanggungjawab pada keluarga masing-masing. Very light & easy bagi masa rider & pillion bergerak secara bersendirian ke boders samada nak over nights dahulu atau ride trusss ke Krabi dari rumah.

Kami bertolak dr Putrajaya jam 4.00 pm sebab amik halfday kerja dan sampai di Changlun jam 11.00 pm. Alhamdulillah cuaca baik sepanjang perjalanan bermula dari Sg. Perak sampai Changlun dan hujan sedikit. Kawan-kawan lain Abg Lan & Faizal Z8 bertolak pada belah paginya dan Abg Edy KTM, Najib Adv, Ostad Azribertolak pagi jam 1.00 am pada 14 September 2013.

Oleh kerana ada acara Bike Week di Hat Yai dan kelamkabutan di pondok imigresan Thailand kami menghabiskan hampir 3 jam beratur… next time nak masuk Thailand kene masuk melalui Imigresan Padang Besar lahhh … kalau tidak rugi masa dan penat beratur jika ada cuti panjang dan acara berdekatan sempadan.


Jam 11.00am kami memulakan journey melalui  Highway 4 dan tiba di Aonang Beach, Krabi pada jam 5.45 petang dengan berhenti rehat di Amazon Cafe. Tempahan hotel telah dibuat terdahulu melalui Agoda secara atas talian oleh isteriku dan kami menginap di di Hotel White Sand Aa Nong Beach Resort, 500 meter dari pantai.

Jam 6.00 petang baru tiba di hadapan Hotel White Sand, Krabi
Aktiviti malam adalah makan-makan, massat, beli cenderamata dan bebual bual sampai jam 2.00am. Pada keesokan harinya lebih kurang jam 10.00am kami ride ronda-ronda bergambar sekitar Krabi dan pantainya yang cantik serta lunch terakhir di pekan Krabi. Nasi ayam Crab nya memang TERBAIK  … isi Crab dalam nasi goringnya punya lah banyak + besar-besar !!


Jam 1.00pm mula meninggalkan pekan Krabi menuju ke Emerald Pool (Sra Morakot) jaraknya lebih kurang 80km dari Krabi … OTW ke sana kami singgah amik gambar di tugu/ monumen KETAM  mercu tanda Bandar Krabi.



Lebih kurang jam 3.00pm kami sampai di Emerald Pool iaitu kolam air berwarna hijau yang sungguh unik dan menarik. Air nya mengalir dari akar akar kayu dan mengalir deras dengan kejernihan seperti Kristal …. Indah sungguh ciptaan Allah SWT pada alam semulajadi ini .. sungguh teruja. Fee RM20 seorang dan kami berjalan kaki naik bukit sikit laa sejauh 800 meter untuk tiba ke kolam Emerald dan bermandi manda di bumi Thailand dengan seronoknya. Kalau betapak

 lagi 500meter boleh sampai ke EXOTIC POLL dia kat atas bukit teww… next time lah yee InsyaAllah ... makanan dan buah buahan tak dibenarkan bawak naik atas dan disuruh gantung besebelahan guard house …so kasi bedal dulu lahh.




Agak lewat jugak KAMI keluar dari Emerald Pool, dalam kul 5.30 pm jugak kami mula otb ke Danok, dan bermalam di Satit Grand View Hotel sekali lagi sebelum keluar ke border keesokkan hari untuk kembali ke Malaysia. Kami tiba di Dannok agak lambat sekitar jam 11.00 pm. Mungkin lepas main air badan lemau skitt tew yang ride sambil makan angin.

Pada ke esokkan harinya, selepas bekfast di hotel aktiviti bebas rider dan pillion. Ada yang gi window shopping dan membeli cenderamata. Ada jugak yg pegi cuci rambut dan facial muka utk hilangkan debu debu Thailand – tapi ingat, next time tanya harga dulu sebelum treatment…. Walaupun mahal RM10 dari saloon kat Ampang tapi yang buat treatment teww otaiii atau legend memang terbaik serbisnya.

Seperti yang dirancang, RV di Danok DISMISS pun di Danok sebab abd edy KTM dan anaknya nak singgah di kampong, Pengkalan Hulu, Najib ADV nak balik awal manakala Ustaz Azri nak hantar wife nya trus ke Melaka kemudian baru balik KL, Abg Lan & Faizal Z8 pula nak ride santai santai sampai depan umah. Maka KAMI pun DISMISS di Danok …. Manakala aku dan wife pula nak rehat-rehat dahulu sampai check out time kemudian lunch dulu menu pabrett LIDAH LEMBU MASAK MERAH dan kemudian trus ke PEKAN RABU, Kedah membeli dodol.

Alhamdulilah selesai sudah ride 4 hari 3 malam bersama pillion dengan catitan perbatuan +/- 1800km.


Bro Azri, Bro Lan, Bro Faizal, Bro Najib, Me & Bro Edy
Bumi Krabi, Thailand







Esoknya kami breakfast dan berpisah di Dannok mengikut masa dan hala tuju masing-masing.



No comments:

Post a Comment