SAHABAT PERTAMA DALAM HOBI YANG SAMA
Akhirnya untuk pertama kali dalam dunia permotoran aku punya keluarga pertama yang aku tunggu-tunggu dari dulu.. Aku ada Rizal Versys, Amin Maskov dan Faizal. Kami mula TTS berempat, berseronok riding dan saling memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing.Kami bermula dengan minat yang sama dan kami menghargai semangat setiakawan. Alhamdulilah...syukur pada Allah atas kurniaMu....
![]() |
Amin Maskov |
Sahabat-Sahabat Pertama Ku...
![]() |
Amin Maskov |
Faizal dan Rizal Versys |
Rizal Versys, Faizal dan Amin |
Sahabat pertama ini aku anggap satu kurniaan Ilahi pada seorang insan seperti aku, kerana mereka hadir dengan doa. Doa dari aku yang memohon agar diketemukan dengan sahabat yang memahami permulaan awal aku ini. Agar tidak diperendah-rendahkan kelemahan dan kekurangan dan agar mengerti bahawa aktiviti ini hanyalah suatu hobi dan bukan suatu keutamaan dalam hidup aku. Kerana keluarga adalah yang pertama. Alhamdulilah...Terima kasih Amin, Faizal dan Rizal atas permulaan persahabatan ini. Jom... kita mulakan keseronokan baru ini...
Salam,saya Amin Maskov berasa bangga kerana dapat berkongsi pengalaman 1st ride dan seterusnya bersama anda.Pengalaman ride meredah malam atau kembara malam telah merapatkan silaturahim kita,dan siapa sangka 1st ride ke PD malam tu dan seterusnya kita bersama ride ke phuket dgn jayanya ...hahahah.Insyaallah kita akan berjumpa dan ride seperti hari2 dahulu..Jaga kesihatan dan diri di jalan raya while u ride make sure in protection gear ok, luv u brother..hope see u soon.
ReplyDeleteTQ bro Amin Maskov. Lets make it happen ...
ReplyDelete