Wednesday, 26 December 2012

My 1st Ride In Group


MY 1ST RIDE IN GROUP


Aku telah rasa TTS pertama kali dalam hidup setelah bergelar biker, kali ini aku telah berminat pada aktiviti yang dianjurkan oleh blog kegemaran aku iaitu tayargolek.com..so, ini juga pengalaman terbaik aku, buat kali pertama aku akan sertai konvoi. Banyak blog-blog antarabangsa aku baca, tips-tips cara konvoi yang terbaik, cara kalau tunjuk arah, angkat tangan, tercicir atau sebagainya...bunyi macam lawak..tapi cara-cara ini adalah amalan bikers secara internasionale.... :) dan aku suka melayari ilmu-ilmu begini sebelum mencuba..konon..nya agar aku tak dilihat kepelikan semasa berkonvoi pulak nanti..hahaha..
Menampal sticker TayarGolek.Com yang begitu bermakna
kerana ia menjadi realiti, akhirnya..bukan hanya di alam maya

Pertama kali, macam biasa, aku punya 'weak communication skill'...tak reti nak mulakan..sikit2 borak, nak cari kawan yang ngam...ngam tu bukan apa...cara kita tak sama...semua biker-biker yang join dari latar belakang yang berbeza..ada taukeh...dah biasa jadi bos, ada extreme dan agresif dan ada yang cool...mungkin arkitek, doktor, enginer...macam-macam...dan karektor pun berbeza...


Taklimat sebelum Konvoi oleh Brader Han TG

Jadi aku sebagai orang GOMEN, lebih cool...rilex...dan masalahnya ini cubaan-cubaan untuk merasai kenderaan tanpa aircon yang lama sikit nak bertahan..TTS itu hari malam, sejuk..best...tang ni..panas sikit...agak kurang biasa..jadi wahh...minat punya pasal..apa nak buat...mesti boleh..bertahanlah kan..






Nama ride pertama kali dalam idup aku ini adalah 'Kembara Mengejar Sejarah' keliling satu Selangor... wife aku, family aku...dok usik...tak pernah-pernah nak ke tempat bersejarah...aikkk..kali ni pegi...hahaha...

Apa nak buat...kalau tak mulakan sekarang bila lagi nak mulakan....aku hargai setiap pengalaman yang aku kutip pada konvoi pertama ini sebagai ilmu paling berharga yang tidak ternilai dalan hidup aku. Akan aku ceritakan pada anak cucu aku nanti betapa aku berani mencuba sesuatu yang baru dalam masa yang singkat demi minat. Seronok dan aku mula mendapat 2 orang kawan yang kelihatan boleh ngam... iaitu Amin Maskov dan Faizal...

Satu permulaan silaturahim yang baik dan aku mula rasa selesa dan seronok....aku akan citerkan bagaimana persahabatan kami seterusnya berkembang dan berkembang...alhamdulilah...








No comments:

Post a Comment