Wednesday, 26 December 2012

My New Hobby


TO GET MORE FRIEND THROUGH MYNEW HOBBY

The 1st thing yang aku fikir untuk memulakan hobi...adalah mencari kawan. Aku mencari kawan untuk berkongsi minat, berkongsi ilmu, berkongsi peluang untuk explore tempat-tempat yang menarik through riding. MyBro Edy lebih cenderung kepada layan corner di Litar Sepang...ia gak tak sesuai dengan jiwa aku. Aku suka kepada ketenangan dan rilek untuk riding. Aku perlukan kawan untuk berkongsi minat.

Perkara pertama yang aku ushar adalah melalui blog-blog moto yang popular. Melayari blog-blog ini aku telah mulakan semasa mahu membeli jenis motor yang sesuai dengan minat aku, bajet aku, kemampuan aku, keselesaan aku dan ia mesti berbentuk 'semasa' atau terkini. Aku berkomunikasi dengan blogger-blogger untuk bertanya banyak perkara, dari sesimple-simple soalan sampai sepelik-pelik soalan. Ada blogger yang layan ader blogger yang tak layan.. yelahhh...sapa lah kita...orang yang bertanya, moto pun tak der..naik moto pun tak pandai..apa lagi bahasa-bahasa teknikal moto..lagi tak tahu..

BLOG PILIHAN: tayargolek.com

Aku tak berputus asa..dari international blogger sehinggalah ke local blogger...dan akhirnya tetiba aku meminati satu blog iaitu tayargolek.com..

The owner blog tayargolek.com, namanya HAN....dialah satu-satunya blogger yang melayan banyak pertanyaan-pertanyaan pelik dari aku. Aku minat dengan blog ini adalah kerana Han TG pandai bercerita tentang pengalamannya..bahasanya simple, mudah difahami, bahasa yang tidak bermegah-megah, rendah diri walaupun punyai pengalamannya menarik. Itu jadikan aku kagum. Tambah lagi dia pun pakai moto Versys aku makin rasa yakin untuk membelinya. Hari-hari bila balik keje, aku akan citerkan pada wife aku pasal apa-apa yang Han balas masa conversation kami through blog...sampai wife aku tanya..Han ni Cina ke? adooiii...yelahhh..bila citer2 hebat, tak ramai anak Melayu yang begitu..banyak ilmu yang diberikan tanpa kedekut..dan aku amat berterima kasih yang amat sangat pada Han TG.

Aku rasa nak kenal dengan lebih rapat lagi dengan Han TG....akhirnya aku berjumpa juga beliau, alhamdulilah.....


Bersama HAN TG


BLOG VERSYS OF GROUP (VOG)

Blog kedua yang mula ku ushar adalah Versys of Group (VOG). VOG ini aku ushar sebab aku dah beli Versys dan mungkin ini cara aku dapat cari kawan untuk ride dengan motor sama `brand`. Aku communicate dengan member-member VOG dan akhirnya buat pertama kali aku cuba untuk TTS atau bahasa biker Teh Tarik Sesion bersama geng VOG. Macam kekok-kekok aku nak g jumpa. Betul ke baju aku pakai. Seluar aku, kasut aku dan accesories aku... maklumlahhh... aku beli-beli ni sebab tengok gambar-gambar kot internet jer cara mereka berpakaian...cara borak, cakap..belum tau lagi..hahaha..

Akhirnya kali pertama TTS dalam idup aku dan TTS bersama VOG di Pelita Nasi Kandar KLCC, ramai biker-biker join..aku agak kekok..walaupun ada beberapa brader yang aku kenal, tapi keadaan yang ramai sangat tu, mula buat aku tak reti nak borak, nak lepak...macam tak fokus story nak link...aku punya kelemahan pulak....tak reti nak bercakap...`weak communication skill` kata orang... alamak...gini ker rasa TTS...yang aku dok baca-baca kat blog....tapi best-best..sebab ia pertama kali terjadi dalam idup aku, aku so excited (sampai gambar pun tak tangkap..), aku dapat laluinya...dan ia pengalaman terbaik aku untuk memulakan hari aku bersama mynewhobby...









No comments:

Post a Comment